‘Ada pihak gembira rakyat tidak dapat keluarkan wang KWSP’

UMNO mendakwa ada segelintir pihak yang gembira menyaksikan kekecewaan rakyat yang tidak dapat membuat pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka akan menganggap situasi itu sebagai satu kelebihan politik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

“Kita faham ada pihak gembira menyaksikan rakyat kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10,000.

“Mereka fikir keadaan itu akan memberi manfaat politik buat mereka dalam berdepan PRN Melaka tidak lama lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, tahap kecaknaan majoriti rakyat Malaysia termasuk orang Melaka yang akan mengundi nanti tidak sama seperti tiga tahun lepas.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 telah mengajar rakyat untuk meneliti setiap keadaan dan menilai kebenaran di sebaliknya.

Najib Gesa Had i-Citra Naik Ke RM10,000, “Mereka Bukan Suka-Suka Mahu Keluarkan Wang KWSP”

Ahmad Zahid menambah, dalam isu dana KWSP, rakyat sudah tahu pihak mana yang sebelum ini mendesak kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang KWSP semasa dalam kesusahan akibat Covid-19.

“Mereka juga tahu pihak manakah yang sentiasa berusaha memberi alasan demi alasan untuk menafikan hak mereka mendapatkan wang berkenaan.

“Pada hari ini, mereka tahu pihak manakah yang terus mendesak pengeluaran wang KWSP sebagai usaha membantu kelangsungan hidup rakyat.

“Maka mengapa perlu mereka menyalahkan pihak yang telah dan sedang berusaha membantu mendapatkan pengeluaran wang KWSP seterusnya?” soalnya.

Katanya, keadaan itu sebenarnya satu lagi bukti mengapa rakyat perlu memastikan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk semula sebuah kerajaan yang kukuh dan teguh.

“Supaya dapat meneruskan apa sahaja agenda dan perancangan membantu kesejahteraan hidup rakyat secara mutlak tanpa terikat dengan pihak yang bercanggah. Insya-ALLAH segala-galanya akan bermula di Melaka,” ujarnya.

‘Ada pihak gembira rakyat tidak dapat keluarkan wang KWSP’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker