#PRNMelaka2021: Yang Sebenarnya – Sulaiman

Oleh Ustaz

YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali (55) dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Lendu yang dimenanginya sejak tahun 2013. Beliau merupakan anak jati Kg. Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.
Berkelulusan Profesional Sarjana Pengurusan, Pesuruhjaya Jaminan Kualiti (QAC) dari United Kingdom, beliau juga memiliki kelulusan latihan di Akademi Laut Malaysia (ALAM) serta berpengalaman dalam bidang industri minyak dan gas selama 25 tahun membabitkan syarikat PETRONAS Carigali, ExxonMobil dan Industri Pembangunan Minyak dan Gas.

Pada PRU 14, DS Sulaiman mendapat 4016 undi menewaskan dua calaon lain iaitu IR. Ridhuan Dion Bakar (PKR) 3389 undi dan calon PAS, Cikgu Arshad 1163 undi.

Beliau yang dipilih sebagai Ketua Menteri untuk menerajui Melaka selepas Kerajaan PH hilang majoriti telah menjadi ‘target’ utama untuk difitnah oleh musuh-musuh politiknya.

Di sebalik semua itu sentimen semasa rakyat khususnya di Dun Lendu selain politik khidmat bakti yang dilakukan oleh beliau khususnya dan BN Melaka amnya beliau dijangka akan menang kerusi Dun Lendu ini dengan majoriti yang lebih besar.

Rata-rata rakyat sudah serik berada dalam Pakatan Harapan apatah lagi Perikatan Nasional yang dilihat seolah-olah menjadi duri dalam daging kepada gagalnya penyatuan ummah.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker