Rodri percaya masa Sepanyol sudah tiba
Rodri percaya masa Sepanyol sudah tiba

Dallas: Kapten Sepanyol, Rodri Hernandez yakin pasukannya memiliki segala ramuan untuk menewaskan Perancis dan mara ke final Piala Dunia 2026.
Pemenang Ballon d’Or itu berkata, biarpun Perancis hadir sebagai antara pasukan terbaik kejohanan, Sepanyol juga berada pada tahap prestasi yang cukup baik untuk melakar kemenangan.
“Perancis adalah antara pasukan terbaik di sini dan mereka berada dalam prestasi yang hebat. Tetapi begitu juga Sepanyol.
“Kami mampu menewaskan mereka. Kami sudah membuktikannya di Euro dan Liga Negara-Negara UEFA,” katanya menjelang aksi separuh akhir di Stadium Cotton Bowl, Dallas.
Rodri mengakui dia mengikuti hampir keseluruhan aksi Piala Dunia kali ini walaupun jadual padat membabitkan enam perlawanan serta perjalanan hampir 14,500 kilometer sepanjang kejohanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
“Ada perlawanan yang saya tonton sebagai peminat, ada juga yang saya analisis. Cuma saya bukanlah duduk dengan pen dan kertas membuat catatan,” katanya sambil berseloroh.
Menurut tonggak Manchester City itu, empat pasukan yang mara ke separuh akhir sememangnya layak berada di kelompok terbaik kejohanan.
“England menentang Argentina pasti sengit kerana kedua-duanya memiliki corak permainan yang berbeza. Tetapi saya lebih suka memberi tumpuan kepada pasukan kami sendiri,” katanya.
Sepanyol memiliki rekod positif ketika berdepan Perancis dalam kejohanan utama apabila menewaskan lawan itu 5-4 pada separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA tahun lalu dan 2-1 pada separuh akhir Euro 2024.
Rodri turut mengimbau kejayaan bersama skuad Bawah 19 Tahun (B-19) Sepanyol pada Kejohanan Eropah 2015 apabila mereka menyingkirkan Perancis di separuh akhir di bawah bimbingan Luis de la Fuente.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Undi BN Demi Mandat Kukuh Johor
- Balik Mengundi, Pilih BN Demi Masa Depan Johor
- Dr Zambry Bidas Nga Kor Ming, Tegaskan Keputusan Jemaah Menteri Perlu Dihormati
“Luis langsung tidak berubah. Ketika itulah dia mula membina asas kepada pasukan yang kita lihat hari ini,” katanya.
Pemain berusia 30 tahun itu mengakui musim ini bukan sesuatu yang mudah selepas mengalami kecederaan hamstring pada final Euro 2024 sebelum dikejutkan dengan kecederaan ligamen lutut (ACL) pada September tahun sama.
Kecederaan itu memaksanya menggunakan tongkat ketika menerima trofi Ballon d’Or, namun dia kini percaya sudah kembali berada pada tahap terbaik selepas melalui proses pemulihan bersama Manchester City.
“Saya berterima kasih kepada Manchester City yang memberi masa untuk saya pulih sepenuhnya. Saya semakin baik sejak tiba di Piala Dunia ini dan sekarang saya rasa sudah kembali berada pada tahap yang saya inginkan,” katanya.
Rodri percaya masa Sepanyol sudah tiba
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.