Peluang Clarissa buktikan kemampuan – Nova
Peluang Clarissa buktikan kemampuan – Nova

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto yakin pemain muda, Clarissa Ng memiliki kekuatan mental yang diperlukan untuk menggalas cabaran bersama Chen Tang Jie pada Terbuka Jepun yang membuka tirainya esok.
Menurut Nova, walaupun kejohanan bertaraf Super 750 itu menjadi penampilan sulung Clarissa di pentas sebesar itu, beliau percaya pemain berkenaan mempunyai keberanian serta keinginan tinggi untuk memanfaatkan peluang yang diberikan.
“Kalau dari segi mental, saya rasa dia bagus. Clarissa seorang pemain yang lebih berani. Ini kejohanan besar pertama buat dia, jadi kita akan lihat bagaimana dia mengharunginya.
“Namun, apa yang saya nampak, dia mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mengambil peluang dan menimba pengalaman daripada kejohanan ini,” katanya.
Clarissa digandingkan bersama Chen Tang Jie selepas Toh Ee Wei terpaksa berehat kerana menjalani pembedahan lutut kiri susulan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang dialaminya ketika beraksi pada suku akhir Terbuka Singapura, Mei lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
Justeru, Nova percaya semangat dan keberanian yang dimiliki pemain muda itu mampu membantunya mengharungi cabaran di Jepun, sekali gus menjadikan kejohanan berkenaan sebagai platform terbaik untuk menimba pengalaman di peringkat tertinggi.
Selain itu, jurulatih kelahiran Indonesia itu sedar mereka adalah gandingan baharu. Oleh itu, beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi, namun masih optimis mereka mampu mencipta kejutan.
Pasangan Tang Jie-Clarissa dijadual memulakan kempen Terbuka Jepun dengan menentang pasangan ranking ke-20 dunia dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang.
Sekiranya layak ke pusingan seterusnya, ujian sebenar dijangka bermula pada pusingan kedua apabila berkemungkinan besar bertemu pasangan pilihan keempat dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.
Peluang Clarissa buktikan kemampuan – Nova
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.