Pegawai SPRM tunggu tapi Pamela Ling tak muncul bantu siasatan kes AMLA
Pegawai SPRM tunggu tapi Pamela Ling tak muncul bantu siasatan kes AMLA

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu kehadiran Pamela Ling pada hari wanita itu dilaporkan hilang, 9 April lalu.
Sumber berkata, Pamela perlu hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi satu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).
Bagaimanapun, wanita itu tidak muncul dan perkara itu juga tidak diketahui peguam Pamela.
“Dia sepatutnya hadir bertemu pegawai penyiasat bagi satu siasatan kes AMLA, tetapi tidak muncul malah tidak diketahui peguamnya,” kata sumber kepada BH, di sini hari ini.
BH turut difahamkan, pegawai penyiasat kes juga sudah dipanggil polis untuk membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Sumber berkata, SPRM kini menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kehilangan berkenaan.
“Siasatan kehilangan itu kini disiasat oleh polis dan SPRM tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai menghormati dan tidak mengganggu siasatan yang dilakukan,” katanya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dilaporkan berkata, pihaknya mengklasifikasikan kehilangan Pamela yang dijadualkan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya pada 9 April lalu bagi memberi keterangan berkaitan satu siasatan, sebagai kes culik.
Beliau juga mengesahkan tidak menerima sebarang tuntutan wang tebusan membabitkan Pamela.
Media melaporkan, Pamela menaiki kenderaan e-hailing dari kediamannya di Cheras sebelum dikatakan dipintas sekumpulan lelaki.
Menurut ahli keluarganya, wanita itu menghantar mesej terakhir kepada peguamnya pada pukul 1.57 tengah hari memaklumkan dia dalam perjalanan ke pejabat SPRM dan dijangka tiba jam 2.08 petang.
Pegawai SPRM tunggu tapi Pamela Ling tak muncul bantu siasatan kes AMLA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.