Spurs selangkah ke final Liga Europa

Spurs selangkah ke final Liga Europa

Spurs selangkah ke final Liga Europa
JOHNSON menjaringkan gol pertama Tottenham hanya selepas 38 saat beraksi. -FOTO Reuters

London: Tottenham menghampiri perlawanan akhir Liga Europa selepas Brennan Johnson menjaringkan gol dalam tempoh 38 saat ketika mereka mencatat kemenangan 3-1 berdepan pasukan Norway, Bodo/Glimt awal pagi tadi.

Gol pembukaan pantas Johnson disusuli dengan jaringan James Maddison sebelum tamat babak pertama dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur.

Sepakan penalti pada separuh masa kedua oleh Dominic Solanke sepatutnya menamatkan saingan.

Namun begitu, jaringan lewat oleh Ulrik Saltnes memastikan perlawanan timbal balik pada 8 Mei nanti akan menjadi satu detik mencemaskan buat pengendali Tottenham yang semakin tertekan, Ange Postecoglou.

Postecoglou juga perlu menanti dengan penuh debar tahap kecergasan Solanke dan Maddison selepas kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Sekiranya Tottenham berjaya melengkapkan tugasan di Norway, mereka akan berdepan Manchester United atau Athletic Bilbao dalam perlawanan akhir pada 21 Mei, dengan juara kejohanan layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

United kini berada di landasan untuk ke perlawanan akhir selepas menang 3-0 di Bilbao dalam perlawanan pertama.

“Kami berada dalam kedudukan yang baik. Saya rasa pemain menunjukkan prestasi yang cemerlang. Mereka melakukan apa yang diperlukan. Bermain dengan tenang dan mengekalkan tekanan.

“Bodo/Glimt menjaringkan gol lewat, jadi keputusan perlawanan tidak sepenuhnya mencerminkan penguasaan kami.

“Kami perlu menerima hakikat itu, namun jika kami mengulangi prestasi seperti itu minggu hadapan, ia sudah mencukupi untuk kami mara,” kata Postecoglou.

Pertembungan sesama kelab Liga Perdana dalam perlawanan akhir dijangka menjadi perlawanan menarik antara dua kelab yang sedang menghadapi musim yang suram dalam saingan domestik.

Spurs selangkah ke final Liga Europa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker