Polis tahan bekas suami pempengaruh bantu siasatan kes tipu
Polis tahan bekas suami pempengaruh bantu siasatan kes tipu

JOHOR BAHRU: Polis menahan bekas suami pempengaruh yang dikatakan terbabit kes penipuan pakej pelancongan.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Polis mengesahkan menahan bekas suami ‘influencer’ untuk siasatan. PS (kenyataan media) menyusul,” jawabnya ringkas.
Beberapa hari lalu, tular di media sosial bekas suami pempengaruh ditahan pihak polis.
Turut tular perbualan WhatsApp pempengaruh dengan seorang individu dipercayai kakak kepada bekas suaminya itu yang mengesahkan lelaki itu ditahan polis di Johor Bahru.
Berita penahanan itu tular sejurus selepas berita pernikahan pempengaruh dengan seorang jejaka warga asing dilaporkan.
Polis tahan bekas suami pempengaruh bantu siasatan kes tipu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.