Kelab Kilat TNB gamat raikan kejayaan Liverpool

Kelab Kilat TNB gamat raikan kejayaan Liverpool

Kelab Kilat TNB gamat raikan kejayaan Liverpool
ANTARA penyokong yang Liverpool meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka di Kelab Kilat TNB. FOTO AMIRUL FAZLI ZULKAFLI

Kuala Lumpur: Suasana di Kelab Kilat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Lumpur bertukar menjadi mini Anfield apabila ratusan penyokong setia The Reds hadir meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan ke atas Tottenham Hotspur, sebentar tadi.

Kemenangan 5-1 itu mengesahkan kejuaraan EPL ke-20 buat skuad kendalian Arne Slot selepas berkelebihan 15 mata di hadapan pencabar utama mereka, Arsenal.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, beliau amat teruja apabila ramai penyokong terutama daripada kalangan pekerja hadir memakai baju berwarna merah malam ini untuk melihat kelab kesayangan mereka mengangkat piala musim ini.

“Alhamdulillah, kita melihat ramai dalam kalangan anggota kerja TNB adalah penyokong kuat pasukan Liverpool dan ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana Liverpool ialah satu pasukan yang secara konsisten mempamerkan aksi hebat di EPL.

“Malam ini menjadi satu kenangan manis buat semua yang hadir,” katanya ketika ditemui pada perlawanan antara Liverpool menentang Spurs di Kelab Kilat TNB, Kuala Lumpur, Bangsar, sebentar tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Kelab Kilat TNB gamat raikan kejayaan Liverpool
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan teruja melihat ramai penyokong setia The Reds hadir melihat malam bersejarah Liverpool menjulang trofi EPL. FOTO AMIRUL FAZLI ZULKAFLI

Sementara itu, Presiden Kelab Kilat Kebangsaan TNB, Mahathir Ismail melihat program malam ini berjaya mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai jabatan berbeza untuk bersama-sama menonton perlawanan berkenaan.

“Kita anggarkan malam ini (penyokong yang hadir) antara 220 hingga 250 orang anggota pekerja, ahli keluarga dan juga rakan-rakan kerja. Malah, ia tidak terhad kepada kakitangan TNB sahaja.

“Selama ini, kita kadang-kadang bekerja, terutama di jabatan-jabatan tertentu, tetapi sokongan terhadap pasukan dalam EPL membolehkan kita berkumpul bersama-sama walaupun berbeza jabatan,” katanya.

Bagi memeriahkan lagi keadaan, penganjur turut menyediakan cabutan bertuah terbuka kepada orang ramai yang hadir.

Untuk rekod, kali terakhir Liverpool merangkul kejuaraan liga adalah di bawah kendalian Jurgen Klopp pada 2020, apabila mereka menang 26 daripada 27 perlawanan liga pertama, mengatasi semua pencabar sebelum pandemik Covid-19 yang memaksa baki musim itu disambung tanpa kehadiran penonton.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy


Terdahulu, lima jaringan Liverpool dijaringkan oleh Luis Diaz pada minit ke-16, Mac Allister (m-24), Cody Gakpo (m-34), Mohamed Salah (m-63) serta jaringan sendiri pemain lawan, Destiny Udogie (m-69)

Sementara gol saguhati Spurs pula dijaringkan oleh Dominic Solanke (m-12).

Kelab Kilat TNB gamat raikan kejayaan Liverpool

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker