Warga emas maut nahas di Kuala Krai
Warga emas maut nahas di Kuala Krai

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Sungai Embak-Bukit Arang, Kuala Krai, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata ketika kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 76 tahun menunggang motosikal Honda AFS 1110 bersendirian.
Siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Bukit Arang menuju ke Sungai Embak telah melanggar cermin sisi kanan Proton Gen 2 yang datang dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Embak ke Sungai Durian.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai atau Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09-9666222.
Warga emas maut nahas di Kuala Krai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.