Kastam gagalkan cubaan bawa masuk bunga ganja RM3.6 juta

Kastam gagalkan cubaan bawa masuk bunga ganja RM3.6 juta

Kastam gagalkan cubaan bawa masuk bunga ganja RM3.6 juta
Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Dr Ahmad Taufik Sulaiman (tengah) menunjukkan hasil rampasan 36.091 kg bunga ganja dalam operasi di Pusat Mel dan Kurier KLIA, 2 April lalu di Kompleks JKDM Kuala Lumpur di sini – Foto NSTP/ AHMAD UKASYAH.

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan membawa masuk 36.091 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM3.6 juta dalam operasi di di Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 2 April lalu.

Sindiket berkenaan cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengisytihar barangan berkenaan sebagai buku, pakaian dan alatan permainan sebelum pemeriksaan menemui beberapa butiran mencurigakan pada bungkusan mengandungi bunga ganja berkenaan.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Selangor, Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati dadah dalam bentuk bunga ganja yang dibungkus dalam sejumlah bungkusan untuk dieksport ke beberapa lokasi di Eropah.

Kastam gagalkan cubaan bawa masuk bunga ganja RM3.6 juta
Antara bunga ganja yang berjaya dirampas Kastam di Kompleks Kargo KLIA, Sepang, 2 April lalu. – Foto NSTP/ AHMAD UKASYAH

“Pemeriksaan kira-kira jam 10.50 malam sebelum itu membabitkan sejumlah bungkusan yang diimbas dan menunjukkan imej menyerupai bahan organik.

“Siasatan lanjut kemudian menemui dadah jenis bunga ganja, dengan anggaran berat sebanyak 36.091 kilogram membabitkan nilai dianggarkan RM3,567,595,” katanya pada sidang media di Kompleks JKDM Kuala Lumpur di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Menurutnya, siasatan awal mendapati bungkusan ini dihantar dari beberapa lokasi antaranya Pulau Pinang, Kuantan dan Lembah Klang.

“Kita percaya sumber dadah ini bukan dari dalam negara, sebaliknya ia dari luar berdasarkan operasi dijalankan sebelum ini.

“Selain itu, semakan turut mendapati kesemua bungkusan mengandungi bunga ganja ini diikrar sebagai buku, pakaian dan alatan permainan bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, semakan lanjut mendapati harga bunga ganja ini sekitar RM98,000 sekilo berbanding harga ganja biasa sekitar RM3,200.

“JKDM sentiasa bekerjasama dengan pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam soal memutuskan sebarang rangkaian awal berkaitan penyeludupan dan pengedaran dadah ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ahmad Taufik berkata, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

“JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya.

Kastam gagalkan cubaan bawa masuk bunga ganja RM3.6 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker