Newcastle semakin ‘gayat’, hampiri pentas Eropah
Newcastle semakin ‘gayat’, hampiri pentas Eropah

Newcastle: Newcastle melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Crystal Palace 5-0, awal pagi tadi, sekali gus semakin hampir untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Jacob Murphy, Harvey Barnes, Fabian Schar dan Alexander Isak masing-masing meledak gol untuk The Magpies, manakala Marc Guehi pula tertampan bola ke gawang sendiri, ketika Newcastle tanpa pengurus, Eddie Howe yang tidak hadir akibat radang paru-paru.
Kemenangan keenam berturut-turut dalam semua pertandingan itu membuka jurang lima mata buat Newcastle ke atas Chelsea yang berada di tangga keenam, dan kedudukan lima teratas sudah memadai untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara.
Palace kekal di tangga ke-12 dan kini hanya memberi tumpuan kepada aksi separuh akhir Piala FA menentang Aston Villa hujung bulan ini.
Newcastle pula akan bertandang ke Villa pada Ahad ini dalam perlawanan penting bagi perebutan tempat ke pentas Eropah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Namun, selaku juara Piala Liga, Newcastle kini mula meninggalkan pencabar lain dalam usaha memastikan kedudukan lima teratas, berbekalkan semangat daripada kejayaan menamatkan kemarau 70 tahun tanpa kejuaraan domestik bulan lalu.
“Ia memberikan kami keyakinan tinggi,” kata penolong pengurus Newcastle, Jason Tindall yang mengambil alih tugas Howe, mengenai kejayaan menjulang Piala Liga.
“Kami sempat menikmatinya seketika tetapi kami tahu apa matlamat kami untuk baki musim ini iaitu untuk menamatkan saingan liga setinggi mungkin.
“Pengurus sentiasa memimpin dan menjadi contoh untuk tidak leka. Pemain-pemain pula kekal konsisten dan terus mempamerkan persembahan cemerlang,” katanya lagi.
Newcastle semakin ‘gayat’, hampiri pentas Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.