Pemandu BMW mabuk rempuh penghantar makanan hingga maut didakwa esok

Pemandu BMW mabuk rempuh penghantar makanan hingga maut didakwa esok

Pemandu BMW mabuk rempuh penghantar makanan hingga maut didakwa esok
Kereta BMW yang merempuh seorang penghantar makanan sehingga maut di Taman Desa Jaya. – Foto tular

JOHOR BAHRU: Pemandu kenderaan BMW yang dipercayai mabuk dan merempuh seorang penghantar makanan sehingga maut di Taman Desa Jaya, di sini, akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata kertas siasatan berhubung kes itu sudah disiapkan pihaknya.

“Kertas siasatan sudah dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek akan didakwa pagi esok di Mahkamah Johor Bahru” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Mohd Sohaimi dilaporkan berkata, suspek berusia 25 tahun disiasat mengikut Seksyen 41(1) dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Semakan turut mendapati suspek mempunyai 22 saman trafik atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, maut selepas dirempuh sebuah BMW ketika sedang keluar untuk membantu mangsa kemalangan maut kira-kira jam 2 pagi di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru berhampiran Taman Desa Jaya, di sini.

Mangsa maut akibat cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu BMW mabuk rempuh penghantar makanan hingga maut didakwa esok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker