SPRM sudah lengkapkan siasatan kes ‘counter setting’ – Azam
SPRM sudah lengkapkan siasatan kes ‘counter setting’ – Azam

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan berhubung aktiviti “counter setting” di lapangan terbang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata tiga individu didakwa dan sedang menunggu timbalan pendakwa raya untuk membawa kes itu ke mahkamah.
Selain itu, pihaknya juga mencadangkan tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai imigresen terbabit.
“Adalah menjadi kewajipan mereka untuk mengambil tindakan segera berdasarkan syor yang dikemukakan SPRM, khususnya berkaitan tindakan tatatertib,” katanya pada sidang media di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Kes “counter setting” membabitkan kakitangan yang membenarkan pelawat masuk ke negara ini tanpa pemeriksaan dokumen yang betul melalui pintu masuk, terutama di lapangan terbang.
Azam berkata, beliau sudah meminta Jabatan Imigresen memandang serius laporan itu dan mendedahkan kepada umum mengenai tindakan susulan yang diambil.
Sebelum ini, Jabatan Imigresen menubuhkan pasukan pemantau untuk membuat semakan rambang terhadap kakitangan bertugas di kaunter dan juga pengembara asing, selain pemasangan pagar automatik (autogate) di semua kaunter manual pemeriksaan Imigresen di pintu masuk utama negara.
Langkah tambahan itu bagi membanteras jenayah counter setting yang turut membabitkan sesetengah pegawainya sehingga urusan kemasukan warga asing ke negara ini dibuat tanpa mengikut prosedur ditetapkan.
SPRM sudah lengkapkan siasatan kes ‘counter setting’ – Azam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.