Remaja maut motosikal rempuh lembu
Remaja maut motosikal rempuh lembu

KUALA KRAI: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor lembu melintas jalan di Kilometer 73 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Maizan Mustaffa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.17 pagi itu menyebabkan mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa yang pada ketika itu menunggang motosikal Honda EX5 secara bersendirian dari arah Kuala Krai menghala ke rumahnya di Kampung Baru Pahi.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, seekor lembu telah melintas jalan menyebabkan mangsa melanggar lembu berkenaan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
“Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan untuk tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kuala Krai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09-9666222,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.
“Selain itu, kepada pemilik-pemilik lembu juga dinasihatkan supaya tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di jalan raya sehingga membahayakan pengguna jalan raya,” katanya.
Remaja maut motosikal rempuh lembu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.