Berlian biru akan dilelong RM90 juta

Berlian biru akan dilelong RM90 juta

Berlian biru akan dilelong RM90 juta
Berlian biru seberat 10 karat dari Afrika Selatan itu bakal dilelong di Abu Dhabi pada Mei ini. – Getty Images

ABU DHABI – Firma lelongan Sotheby’s mengumumkan lelongan berlian biru yang jarang ditemui dalam satu acara di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut Sotheby’s, pihaknya menjangkakan berlian biru seberat 10 karat itu dapat dilelong pada harga AS$20 juta (RM90 juta).

Ia dipamerkan kepada bakal pembida di Abu Dhabi bermula semalam dan akan ditawarkan untuk lelongan menjelang Mei ini.

Tambah Sotheby’s, berlian tersebut dianggap salah satu berlian biru paling jarang ditemui yang berasal dari Afrika Selatan.

Ia merupakan satu daripada lapan berlian paling jarang ditemui di dunia yang dipamerkan pada acara itu dengan nilai keseluruhan kira-kira AS$100 juta (RM450 juta).

Ketua Permata Sotheby’s di Amerika Utara, Eropah dan Asia Barat, Quig Bruning berkata, pihaknya mengadakan pameran di Abu Dhabi berikutan minat yang tinggi di negara itu terhadap berlian.

“Kami merasakan bahawa rantau ini mempunyai kedua-dua pedagang dan pengumpul berlian yang penting,” tambahnya. – AGENSI

 

Berlian biru akan dilelong RM90 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker