Polis buru 2 lelaki cuba samun rumah di Puncak Alam
Polis buru 2 lelaki cuba samun rumah di Puncak Alam

Sungai Buloh: Polis giat memburu dua lelaki bersenjata parang yang disyaki cuba menyamun dua rumah di Jalan Alam Suria, Seksyen 16, Puncak Alam di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian sama di kawasan berkenaan.
“Berdasarkan laporan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun mendakwa melihat kelibat dua lelaki memakai pelitup muka dan bersenjata parang berada di belakang rumahnya kira-kira 11 malam.
“Suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengadu dan isteri menyebabkan isterinya menjerit meminta tolong sebelum kedua-dua suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini
Bertindak atas laporan itu, Mohd Hafiz berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tampil memberikan kerjasama bagi membantu polis melengkapkan siasatan.
Katanya, maklumat boleh disalurkan melalui Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafiz Seleman di talian 016-4507492 atau mana-mana balai polis berhampiran dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Beliau berterima kasih atas kerjasama orang ramai yang memberikan maklumat berkaitan kesalahan jenayah dan polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap individu terbabit sebarang kegiatan menyalahi undang-undang.
Polis buru 2 lelaki cuba samun rumah di Puncak Alam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.