Raja Rozela ditukar kerana bersara awal – peguam negara
Idrus Harun berkata Raja Rozela Raja Toran akan mula bercuti 30 Ogos ini manakala perbicaraan Zahid Hamidi akan diteruskan hingga Disember.
Raja Rozela ditukar kerana bersara awal – peguam negara
Raja Rozela Raja Toran diganti sebagai ketua pasukan pendakwaan kes rasuah membabitkan Zahid Hamidi kerana beliau memohon bersara awal dan akan mula bercuti mulai 30 Ogos ini, kata Peguam Negara Idrus Harun.
Idrus berkata timbalan pendakwa raya yang baharu akan mengambil alih kes Yayasan Akalbudi membabitkan Zahid kerana perbicaraan masih berlangsung dan ditetapkan hingga Disember ini.
“Ini bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan melibatkan Zahid Hamidi,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Raja Rozela mengemukakan permohonan untuk bersara awal pada 3 April lalu dan permohonan tersebut diluluskan dan berkuat kuasa pada 1 November ini.
“Raja Rozela kemudiannya memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos ini,” katanya.
Kata Idrus, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Mohd Dusuki Mokhtar dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan yang baharu bagi menggantikan Raja Rozela.
“Mohd Dusuki mempunyai pengalaman luas hampir 30 tahun sebagai timbalan pendakwa raya.
“Beliau yang mengendalikan kes-kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuklah kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah,” katanya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Zahid tidak terjejas dan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan.
Terdahulu hari ini, New Straits Times melaporkan Raja Rozela tidak lagi mengendalikan kes itu. Beliau tidak hadir semasa prosiding minggu lalu.
Ketika dihubungi, Raja Rozela hanya berkata kepada akhbar itu: “Saya adalah penjawat awam. Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali, berkata peguam negara tidak boleh berdiam diri berhubung perkara itu dan mesti memberikan penjelasan.
Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, yang diasaskannya, dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.
Sebanyak 12 daripada pertuduhan adalah kes CBT, lapan kes rasuah, dan 27 kes pengubahan wang haram.
Minggu lalu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi ia masih mempertimbangkan representasi Zahid berhubung kes rasuahnya yang sedang berjalan. FMT
Raja Rozela ditukar kerana bersara awal – peguam negara
Baca Artikel Menarik:
- Chef Nasi Arab terkenal aniaya saya – King of Roadtrip
- Exco Kelantan belanja penapis air kepada aduan yang viral sahajakah?
- Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi
- Telefon tauke judi untuk minta duit?
- Sanusi hang duk buat apa la ni?
- Anak rantau Kelantan pasti dapat peluang kerja jika diberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan
- Anwar lawat Ustaz Muhaizad di Madrasah Ribat Al-Musthofa
- Doktor pakar kanser tembak bayi sebelum bunuh diri
- Calon PAS disiasat berkait dakwaan pikat isteri orang
- Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan
- ‘Fahaman saya benar, yang lain sesat’
- SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam
- ‘Aduh YB janganlah macam ni’
- Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.