Tukang rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun

Tukang rumah dipenjara 6 tahun kerana terima harta tebusan RM50,000

Tukang rumah dipenjara 6 tahun kerana terima harta tebusan RM50,000
Seorang tukang rumah dipenjara enam tahun di Mahkamah Tinggi kerana menerima harta tebusan, wang tunai RM50,000 milik sebuah syarikat. – Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Tukang rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana menerima harta tebusan iaitu wang tunai sebanyak RM50,000 milik sebuah syarikat, lapan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas tertuduh, Suparman Aman, 46, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 5 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) (Akta 365).

Mengikut pertuduhan pilihan, Suparman didakwa menerima harta tebusan, wang tunai RM50,000 milik sebuah syarikat dengan mengetahui ia adalah harta tebusan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang sawit di Kampung Kuala Akob, Kuala Berang, jam 3 pagi pada 24 Januari 2017.

Terdahulu, Hassan sebelum menjatuhkan hukuman ada bertanyakan sama ada tertuduh menyesal dengan perbuatannya dan apa yang dirasakan selepas berjauhan dengan isteri dan tiga anak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Beliau turut menasihatkan tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama dan mengingati isteri dan anak sebelum melakukan sesuatu perkara.

“Ingatlah, kesian anak dan isteri. Akhirnya, isteri juga yang menjadi mangsa,” katanya.

Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 15 Mac 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail.

Pada 2 Julai 2020, tiga rakan tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan sebatan antara lima dan tujuh oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana menculik seorang wanita dengan meminta tebusan RM400,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed ketika itu membuat keputusan selepas semua tertuduh, Mohd Zairol Nizan Md Nor, 40; Mohd Khairul Anuar Musa, 42, dan Abdul Hadi Abu Bakar, 25, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan balik ke rumah selepas bersarapan di kedai berhampiran sebelum ditahan sebuah Perodua Myvi dan dibawa ke beberapa tempat.

Mangsa hanya dilepaskan dengan selamat pada jam 1.30 pagi pada 24 Januari 2017 selepas wang tebusan sebanyak RM400,000 dibayar majikannya.

Tukang rumah dipenjara 6 tahun kerana terima harta tebusan RM50,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker