Wanita panjat tali kapal demi sara 5 anak

Wanita panjat tali kapal demi sara 5 anak

Wanita panjat tali kapal demi sara 5 anak
Tangkap layar menunjukkan Mariama memanjat tali untuk menjual roti di atas kapal. – Palopos Fajar

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup memanjat kapal dengan tali untuk menjual roti demi menyara anaknya, lapor portal berita Jawa Pos semalam.

Kejadian dirakam di Pelabuhan Soekarno Hatta Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.

Rakaman yang tular di media sosial memaparkan wanita bernama Mariama, 32, berpaut sambil menyepit kedua kakinya pada tali untuk memanjat ke kapal.

Dia bertindak sedemikian untuk menjual roti kepada penumpang demi menyara kehidupan lima orang anaknya.

“Saya ada lima orang anak. Tiga masih bersekolah, manakala dua lagi sudah berhenti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Saya sering memanjat kapal untuk mencari wang. Demi anak-anak, saya berani meskipun risikonya besar,” kata Mariama.

Tambahnya, dia memperoleh kira-kira 100,000 ribu dalam sehari. – AGENSI

Wanita panjat tali kapal demi sara 5 anak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker