Ismail Izzani Dah Lali Dengan Gosip Cinta
Akui Sedang Kenal Hati Budi Artis Indonesia, Kami Dah Kenal Setahun Di Media Sosial
Ismail Izzani Dah Lali Dengan Gosip Cinta
Penyanyi, Ismail Izzani tanpa berselindung mendedahkan sedang mengenali hati budi seorang wanita yang juga merupakan artis kelahiran Indonesia iaitu Gabriella Ekaputri.
Sedang kenal hati budi
Tak adalah bercinta tetapi lebih kepada fasa mengenali hati budi masing-masing. Kami pun aktif dalam dunia seni, saya di sini dan dia di sana, dua dua anak seni.
Dia pun ada berlakon dan juga buat lagu. Jadi kami hanya memberikan sokongan antara satu sama lain.
Saya rasa selesa mungkin kerana dia juga berada dalam satu industri yang sama. Dia pun faham dengan kerja-kerja saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Ismail berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music bertempat di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya pada Rabu.
Masih belum bersua muka
Berkongsi lanjut, pelantun lagi ‘Luar Biasa’ ini memaklumkan dirinya dan Gabriella sudah berkenalan hampir setahun di media sosial.
Bagaimanapun, mereka masih belum berkesempatan untuk bersua muka.
Saya kenal dengan dia melalui sosial media sudah hampir setahun. Nak kata kami menjalinkan hubungan secara terbuka tidak juga.
Tetapi kami berdua okay sahaja berkomunikasi seperti ini sebab dia pun sejenis orang yang tidak kisah.
Kadang-kadang ada juga kami berbalas komen di IG dan muat naik hantaran di IG story, itu sahaja.
Tetapi buat masa ini hubungan kami tidak lebih daripada itu. Saya pun belum berpeluang bertemu dengannya.
Sekiranya kalau ada rezeki, dia akan datang ke Malaysia atau saya yang akan ke Indonesia.
Ketika ditanya adakah berasa rimas kerana sering dikaitkan dengan gosip cinta, penyanyi berusia 25 tahun ini berkata dia tidak berasa terbeban dengan perkara tersebut.
Saya tak rasa rimas dengan gosip percintaan sebalik nya saya rasa inilah dunia seorang artis. Sejak bergelar artis, saya perlu bersedia untuk berdepan dengan perkara-perkara seperti ini.
Tidak kisahlah sama ada pelakon atau penyanyi, soalan-soalan macam ni memang akan ada.
Sebab bagi saya selama dua tahun saya menghilang, apa yang saya belajar adalah untuk bijak mengawal antara kehidupan sebagai artis dan peribadi.
Ismail Izzani Dah Lali Dengan Gosip Cinta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.