Norman Hakim Kongsi Momen ‘Dinner’ Dengan Erra Fazira
Curi Perhatian Netizen!-“Boleh Buat Pasrah 2…”
Norman Hakim Kongsi Momen ‘Dinner’ Dengan Erra Fazira
Perkongsian pelakon, Norman Hakim mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik foto bersama pelakon jelita, Erra Fazira baru-baru ini.
Norman menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, turut memaparkan isterinya, Memey Suhaiza serta jejaka yang akrab bersama Erra iaitu Mr E turut bersama menyertai iftar di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Hidangan yang indah dinikmati bersama jiwa yang luar biasa, dalam suasana yang meningkatkan semangat.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah SWT atas keberkatan yang tidak terkira ini.”-kapsyen Norman Hakim di Instagram
View this post on Instagram
“Wah Movie Pasrah Ni..”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Norman Hakim dan Erra Fazira, malah ramai yang mengidamkan kedua-dua pelakon ini kembali bergandingan dalam filem Pasrah yang pernah menjadi box office pada tahun 2000.
“Boleh buat Pasrah 2 sebab dua-dua maintain muda tapi lakonan berbatas la hehe.”
“Wahh movie Pasrah ni hehee.”
“Cantik giler Erra Fazira.”
“Pasrah ❤️😍
Sekadar info, filem Pasrah merupakan sebuah filem romantik box office arahan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam. Filem ini dibintangi oleh Erra Fazira, Norman Hakim, Wilma Muhammad, AC Mizal dan ramai lagi.
Filem yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 8 Januari 2000 menelan belanja sebanyak RM1.6 juta. Walaubagaimanapun, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak lebih RM2 juta.
Adakah bakal diterbitkan Pasrah 2? Sama-sama kita nantikan sahaja..
Norman Hakim Kongsi Momen ‘Dinner’ Dengan Erra Fazira
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET