Intan Najuwa Bersuara Selepas Dituduh Tak ‘Bonding’ Dengan Anak
“Ingat Kita Tak Sayang Anak Ke…”
Intan Najuwa Bersuara Selepas Dituduh Tak ‘Bonding’ Dengan Anak
Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil bersuara selepas dikatakan tidak mempunyai ‘bonding’ bersama bayi perempuannya, Imane Lunara pada Disember lalu.
Tidak Pernah Berjauhan Dengan Imane Lunara
Intan menerusi Insta Stories, menegaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan cahaya matanya itu biarpun hanya ke kedai runcit berhampiran kediamannya itu.
“Kepada sesiapa cakap saya tak ada bonding dengan tu, kau tahu tak, kita ni pergi kedai runcit 10 meter pun aku angkut anak tau. Tak pernah ku tinggal budak dobot ni.”-tulis Intan Najuwa di Insta Stories
“Ingat Kita Tak Sayang Anak Ke..”
Akui rasa kesal dengan ‘mulut jahat’ sesetengah netizen, Intan turut mempersoalkan netizen yang mempertikaikan kasih sayangnya terhadap Imane Lunara.
“Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah Mommy. Ish jahat ya mulut acik.
Ingat kita tak sayang anak ke. Kalau boleh nak masuk perut balik ni ha senang bawak gi mana-mana tak nak jauh.”-tulis Intan Najuwa lagi

Sekadar info, Intan Najuwa dan Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di One And Only Desaru Coast, Johor.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.
Tak patut sesetengah netizen melemparkan tuduhan sebegitu.. Siapa kita nak mempersoalkan kasih sayang orang lain terhadap anaknya..
Intan Najuwa Bersuara Selepas Dituduh Tak ‘Bonding’ Dengan Anak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.