Huijsen terima panggilan pertama ke skuad Sepanyol ganti Martinez
Huijsen terima panggilan pertama ke skuad Sepanyol ganti Martinez

Madrid: Pertahanan Bournemouth, Dean Huijsen, menerima panggilan pertama ke skuad kebangsaan Sepanyol selepas pemain Barcelona, Inigo Martinez, mengalami kecederaan menjelang perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara menentang Belanda.
Huijsen, 19, yang dilahirkan di Belanda tetapi memilih untuk mewakili Sepanyol, menikmati musim cemerlang bersama Bournemouth yang kini bersaing merebut slot ke kejohanan Eropah.
Produk akademi Juventus itu sebelum ini mewakili Belanda di peringkat remaja sebelum berpindah ke skuad Bawah-21 Sepanyol.
Sejak menyertai Bournemouth pada Julai lalu, Huijsen membuat 27 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.
“Inigo Martinez terpaksa menarik diri daripada skuad Sepanyol kerana mengalami masalah di lutut kanan,” kata Persekutuan Bola Sepak Sepanyol dalam satu kenyataan.
Sepanyol, yang menjuarai Kejohanan Eropah tahun lalu, akan berdepan Belanda dalam aksi pertama suku akhir Liga Negara-Negara di Rotterdam pada Jumaat sebelum perlawanan timbal balik di Stadium Mestalla pada 24 Mac.
Huijsen terima panggilan pertama ke skuad Sepanyol ganti Martinez
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET