Lagi kes pemandu mental sebabkan kematian penunggang motosikal
Lagi kes pemandu mental sebabkan kematian penunggang motosikal

PADANG BESAR: Pemandu Honda Civic yang merempuh motosikal dinaiki veteran komando bersama anaknya di Jalan Tok Kayaman, Beseri, di sini Jumaat lalu disahkan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan mental.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Sarih Salleh, namun pihaknya masih menyiasat dengan hospital mengenai status kesihatan lelaki berusia 33 tahun itu ketika kejadian.
“Lelaki itu juga masih menerima rawatan di hospital… jika ada kewajaran, kita akan buat tangkapan selepas dia sembuh,” katanya ketika dihubungi.
Jumaat lalu, seorang veteran komando dilapor maut manakala anaknya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta di Jalan Dato Kayaman di Beseri.
Ketika kejadian jam 7.45 malam, mangsa Rahimi Mat Rejab, 49, bersama anaknya, Umar Haziq, 16, dikatakan dalam perjalanan ke masjid di kawasan Padang Lati untuk berbuka puasa dan solat maghrib.
Lelaki yang memandu Honda Civic turut parah dan dikejarkan ke hospital.
Lagi kes pemandu mental sebabkan kematian penunggang motosikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET