MOF sahkan insiden kematian kakitangan di Pejabat Perbendaharaan
MOF sahkan insiden kematian kakitangan di Pejabat Perbendaharaan

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengesahkan satu insiden kematian di Kompleks Kementerian Kewangan, hari ini.
MOF berkata, keluarga waris sudah dimaklumkan berkenaan perkara terbabit oleh pihak berkuasa.
“MOF turut berdukacita dengan kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga waris.
“MOF memberikan kerjasama penuh dan telah menyerahkan hal ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BH melaporkan kakitangan Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia ditemui maut di lantai pejabat, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang lelaki dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di dalam Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya melalui panggilan MERS 999 daripada orang awam jam 10.56 pagi.
Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa terbaring di lantai dengan leher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel.
MOF sahkan insiden kematian kakitangan di Pejabat Perbendaharaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET