Kertas siasatan DJ persenda agama lain diserah kepada AGC secepat mungkin – KPN

Kertas siasatan DJ persenda agama lain diserah kepada AGC secepat mungkin – KPN

Kertas siasatan DJ persenda agama lain diserah kepada AGC secepat mungkin - KPN
Kenderaan yang membawa penyampai radio Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani keluar dari Bukit Aman selepas diambil keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial stesen radio berkenaan. NSTP/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyampai stesen radio EraFM mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.

“Kita lengkapkan siasatan dan akan hantar kepada AGC secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman, di sini hari ini berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial stesen radio berkenaan

Mereka dilihat keluar daripada perkarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, selepas lebih dua jam dirakam keterangan berhubung siasatan kes terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Toyota Vellfire membawa tiga penyampai berkenaan iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani dilihat keluar pada 1.10 tengah hari tanpa menyapa wartawan yang menunggu di luar sejak pagi tadi.

Dipercayai tiga kakitangan lain yang turut dirakam keterangan menaiki kenderaan berasingan.

Sebelum ini media melaporkan, enam individu termasuk penyampai stesen radio swasta itu akan diambil keterangan berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain.

Razarudin dilaporkan berkata, proses rakaman keterangan akan dijalankan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan sehingga pagi ini, sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.

Semalam, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung kakitangan stesen radio EraFM didakwa mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial.

Kertas siasatan DJ persenda agama lain diserah kepada AGC secepat mungkin – KPN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker