Pemain baharu City cipta kegemilangan benam Newcastle
Pemain baharu City cipta kegemilangan benam Newcastle

Manchester: Pep Guardiola percaya Nico Gonzalez boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rodri selepas membuat penampilan pertama yang mengagumkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Manchester City melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle.
City bergelut tanpa pemenang Ballon d’Or, Rodri, yang mengalami kecederaan lutut serius pada September lalu.
Pasukan Guardiola yang memenangi EPL untuk empat musim berturut-turut tetapi kini berada di tempat keempat dalam liga, 13 mata di belakang pendahulu Liverpool.
Gonzalez tiba pada hari terakhir tingkap perpindahan dari Porto dengan bayaran £50 juta (RM279.11 juta) dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri, dalam apa yang boleh dikatakan sebagai persembahan terbaik City musim ini menentang Magpies.
“Saya rasa kehadiran Nico sangat membantu kami. Rasanya kelab menandatangani pemain yang luar biasa untuk masa depan dari segi mentaliti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
“Ada satu ketika dia sedang membetulkan Erling (Haaland), untuk buat ini, buat itu. Bila itu berlaku, ia bagus kerana kita fikir, ‘ok, dalam enam atau tujuh tahun akan datang kita akan ada Rodri, kita akan ada dia.’ Itu akan memberikan kita lebih banyak pilihan dan kestabilan yang kami kekurangan musim ini.”
Walaupun Gonzalez mengagumkan pengurusnya, seorang lagi pemain berjaya mencuri tumpuan dalam aksi malam itu, seorang lagi pemain yang diikat City Januari lalu.
Omar Marmoush menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama dengan gol pertamanya untuk kelab sejak perpindahan £59 juta (RM329.35 juta) dari Eintracht Frankfurt, sebelum James McAtee melengkapkan jaringan lewat perlawanan.
“Dia adalah pemain yang kami rindu. Pergerakannya di belakang, kelajuan. Biasanya, kami mempunyai pemain untuk menghantar bola kepada kaki. Dia adalah seorang yang suka menyerang ruang dan membantu kami untuk mencipta lebih banyak peluang,” tambah Guardiola.
Pemain baharu City cipta kegemilangan benam Newcastle
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah