Jasad pemandu ditemui selepas 10 jam ‘hilang’ dalam parit
Jasad pemandu ditemui selepas 10 jam ‘hilang’ dalam parit
![Jasad pemandu ditemui selepas 10 jam 'hilang' dalam parit](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/Amirul_sendphoto_1738746563_1738769472.webp)
TANJONG KARANG: Seorang tukang rumah maut selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Batu 7, Simpang Tiram Buruk, di sini hari ini.
Mayat lelaki warga tempatan berusia 37 tahun itu ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian, selepas 10 jam anggota bomba menjalankan operasi pencarian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, insiden jam 5.40 pagi itu berlaku ketika mangsa yang memandu Hyundai Accent dari Jalan Raja Musa ke Kuala Selangor.
“Tiba di lokasi, mangsa disyaki hilang kawalan dan terbabas dalam parit sebelah kanan jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
Azaharudin berkata, akibat nahas itu mangsa parah di kepala dan dipercayai lemas di tempat kejadian.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.56 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dengan bantuan Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian.
Jasad pemandu ditemui selepas 10 jam ‘hilang’ dalam parit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siapa AMK Yang Mahu Tuntut Ku Li Minta Maaf
You must be logged in to post a comment.