Gelagat Tengku Hassanal Apabila Bersama Kanak-Kanak [VIDEO]
Gelagat Tengku Hassanal Apabila Bersama Kanak-Kanak [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali dengan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sering menjadi pilihan para gadis di Malaysia.
Tengku Ahmad Ismail merupakan Putera kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Beliau merupakan pewaris takhta yang ketiga susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Selain itu, Tengku Ahmad Ismail juga sering kelihatan beramah mesra dengan rakyat yang suka menyapa dan bergurau senda apabila bertemu dengannya membuatkannya disenangi ramai.
“Tengku Ni Memang Suka Budak Budak, Sangat Berjiwa Rakyat”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @this.7_fanspage yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 205 ribu, tanda suka sebanyak 7,793 dan sebanyak 203 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan reaksi Tengku Hassanal apabila baginda bersama dengan kanak-kanak.
@this.7_fanspage Tengku Hassanal #tengkuhassanalibrahimshah #tengkumahkotapahang #tengkuhassanalshah #tengkuhassanal
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Hassanal sememangnya gemar melayan kanak-kanak. Tambah mereka lagi, beruntung siapa yang akan jadi isteri Tengku Hassanal kerana baginda akan menjadi suami dan bapa yang penyayang.
Gelagat Tengku Hassanal Apabila Bersama Kanak-Kanak [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
Apakah Kerajaan Akan Terus Memanjangkan Isu Titah Adendum Di Mahkamah?
You must be logged in to post a comment.