Aaron-Wooi Yik mudah mara ke suku akhir

Aaron-Wooi Yik mudah mara ke suku akhir

Aaron-Wooi Yik mudah mara ke suku akhir
AARON (kanan) dan Wooi Yik mara ke suku akhir Terbuka India. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah apabila hanya memerlukan 33 minit untuk melangkah ke suku akhir Terbuka India.

Turun selaku pemain pilihan kelima kejohanan, Aaron-Wooi Yik menepati ramalan selepas menang straight set ke atas gandingan muda China, Xie Hao Nan-Zhang Wei Han, 21-10, 21-18 di pusingan kedua, hari ini.

Aaron mengakui mereka semakin mendapat momentum, tetapi terdapat beberapa perkara harus diperbaiki.

“Saya rasa kami semakin baik berbanding perlawanan semalam dan minggu lalu (Terbuka Malaysia).

“Kami perlahan-lahan mendapatkan semula momentum tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?


 

Sementara itu, Wooi Yik berpendapat meskipun mereka bertemu pasangan muda dari China, persediaan mental dan fizikal memang diperlukan.

“Saya rasa ia mengenai aspek mental kami dan berkaitan cara kami melalui proses permainan.

“Ini kerana kita baru pertama kali bertemu mereka dan tidak tahu apa yang mereka mampu lakukan ketika dalam perlawanan,” katanya.

Di suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik akan menanti sama ada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kedren Kittinupong atau pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Tahun lalu, mereka mara ke separuh akhir Terbuka India sebelum tewas kepada jaguh tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 18-21, 14-21.

Aaron-Wooi Yik mudah mara ke suku akhir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker