Letupan bom di Pattani: Semua agensi keselamatan diarah tingkat usaha jejaki suspek
Letupan bom di Pattani: Semua agensi keselamatan diarah tingkat usaha jejaki suspek
PATTANI: Semua agensi keselamatan di wilayah Pattani, selatan Thailand, diarah meningkatkan usaha menjejaki suspek yang terbabit dalam insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, semalam.
Panglima Divisyen Ke-4 dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Divisyen Ke-4, Leftenan Jeneral Phaisarn Nuansang, berkata semua agensi keselamatan juga telah diarah memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Letupan bom yang dipercayai dipasang pada sebuah motosikal berhampiran balai polis terbabit, telah menyebabkan sembilan pegawai keselamatan cedera, manakala seorang rakyat Malaysia mengalami kecederaan ringan.
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla memaklumkan, lelaki rakyat Malaysia berusia 20 tahun dari Kuala Lumpur itu bagaimanapun tiada kecederaan serius akibat letupan berkenaan dan kini berada dalam keadaan stabil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Sementara itu dalam insiden berlainan di Narathiwat, dua beranak anggota polis peronda maut dalam letupan bom di Jalan Si Sakhon, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Si Sakhon, Kolonel Pakkawat Wansanuk, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.50 pagi waktu tempatan.
“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian menemui dua mayat anggota polis peronda dengan kesan tembakan di bahagian kepala,” katanya.
Pakkawat berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta dinaiki kedua-dua anggota polis itu telah diserang dengan bom sebelum mereka ditembak dari jarak dekat. Malah, suspek turut melarikan dua pistol milik mangsa.
Beliau berkata, mangsa bapa berusia 56 tahun dan anaknya berumur 35 tahun sedang dalam perjalanan ke pekan ketika kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Katanya, belum ada pihak atau kumpulan bersenjata yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, setakat ini, dan pihak polis masih berusaha untuk menjejaki suspek.
Letupan bom di Pattani: Semua agensi keselamatan diarah tingkat usaha jejaki suspek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.