Perak bangkit bergaya ikat Penang 3-3
Perak bangkit bergaya ikat Penang 3-3
Georgetown: Pasukan Perak FC mempamerkan semangat luar biasa apabila bangkit mengikat Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, di sini, sebentar tadi.
Terlebih dahulu, penyerang tuan rumah, Dylan Wenzel-Halls mencuri tumpuan apabila mencatat hatrik pada minit ke-13, 17, dan 33.
Gol pembukaan pemain asal Australia itu hadir selepas bola lambung yang membias dari gawang lawan disambutnya dengan tenang untuk memperdayakan penjaga gol pelawat, Haziq Nadzli.
Empat minit berselang, penyerang berusia 27 tahun itu menggandakan jaringan hasil lorongan kemas dari Rodrigo Dias sebelum dia melengkapkan hatrik menerusi hantaran berkualiti pemain tengah, Syamer Kutty Abba.
Kapten Sang Seladang, Luciano Guaycochea, merapatkan jurang sekali gus memanfaatkan kelekaan pertahanan tuan rumah menerusi rembatan kencang dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-21.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
Bersambung babak kedua, Clayton Da Silva menyempurnakan sepakan penalti Perak pada minit ke-61 susulan Wan Zack Haikal terjatuh dalam kotak penalti dan badannya disahkan terkena tangan Syamer Kutty, hasil semakan video bantuan pengadil (VAR).
Kebangkitan Perak dilengkapkan oleh Adilet Kanybekov yang meledak gol ketiga pada minit ke-67, selepas kekalutan di barisan pertahanan Penang yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
Kedudukan 3-3 kekal dalam perlawanan hingga yang berlangsung dalam suasana hujan renyai dan cuca berangin dengan kedua-dua pasukan membawa pulang satu mata berharga selepas liga berehat kira-kira dua minggu sebelum ini.
Keputusan perlawanan itu menyaksikan Penang kekal menghuni tangga ke-11 dengan mengutip 15 mata manakala Perak terus berada di kedudukan kelapan dengan mengumpul 19 mata.
Skuad Harimau Kumbang dijadual bertembung Selangor FC untuk aksi Piala Cabaran, Ahad depan dan Perak pula akan menentang Kelantan Darul Naim pada 26 Januari ini untuk aksi Liga Super.
Perak bangkit bergaya ikat Penang 3-3
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kredibiliti Kerajaan Tercalar Teruk Dengan Keputusan Mahkamah Rayuan
- Lepas Perhimpunan Solidariti Untuk Najib, Jom Kita Bersolidariti Untuk Guan Eng Pula
- Debaran 6 Januari Semakin Di Rasakan, Siapa Yang Lebih Tertekan, Penyokong Najib Atau Kerajaan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beranikah UMNO Membuat Laporan Polis Terhadap Pihak Yang Menyembunyikan Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.