4 cedera nahas 3 kenderaan terbakar
4 cedera nahas 3 kenderaan terbakar
KUALA SELANGOR: Tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan di Pasir Penambang di sini, semalam, yang menyebabkan empat lelaki mengalami kecederaan dan tiga mangsa lagi terselamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.19 petang.
Susulan itu, beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi.
“Menurut laporan awal, kebakaran membabitkan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dan kereta Proton Saga.
“Lori tangki itu terbakar 80 peratus, Toyota Alphard (20 peratus) dan Proton Saga (90 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Ahmad Mukhlis berkata, pemandu lori tangki itu cedera di kepala dan leher, manakala pemandu Proton Saga pula cedera di kepala serta badan.
Beliau berkata, dua lelaki yang menaiki Toyota Alphard terbabit mengalami kecederaan ringan, manakala dua kanak-kanak dan seorang wanita dalam MPV itu terselamat.
4 cedera nahas 3 kenderaan terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.