Intan Najuwa Bersuara Selepas Dipersoal Muka Kelihatan Sembab
Perut Masih Kembung Selepas Bersalin!
Intan Najuwa Bersuara Selepas Dipersoal Muka Kelihatan Sembab
Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil bersuara selepas terdapat segelintir pihak di media sosial ‘body-shaming’ terhadapnya yang baru sahaja melahirkan bayi pertama, Imane Lunara pada Disember 2024.
“Kenapa muka sembab?.”
“Kenapa perut still kembung macam ada babybump?.”
“Kenapa naik wheelchair? Takkan tak boleh jalan langsung?.”
“Nampak mata macam panda je?.”
“Kenapa terbaring je? Saya dulu lepas 6 jam dah bangun buat kerja.”-antara komen-komen netizen di media sosial
Intan Najuwa menerusi hantaran di Insta Stories, menjelaskan bahawa dia masih dalam proses secara perlahan untuk kembali kepada diri yang asal seperti ibu-ibu yang lain di luar sana.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan
“Guys, saya baru sahaja mempunyai anak. Saya perlahan-lahan kembali kepada diri saya seperti mana-mana ibu di dalam dunia ini.”-jelas Intan Najuwa di Insta Stories
Titip Pesanan Buat Orang Ramai!
Akui rasa terkejut dengan komen-komen berkenaan yang kebanyakannya datang daripada wanita terutama para ibu, Intan Najuwa menitipkan pesanan buat orang ramai seharusnya memberikan sokongan antara satu sama lain, bukanlah sebaliknya.
“Ianya mengejutkan bahawa kebanyakan komen sebegitu datang daripada wanita, termasuklah ibu-ibu.
Kenapa tidak kita bersikap baik antara satu sama lain? Wanita seharusnya memberikan sokongan kepada wanita-wanita yang lain. Tidak seharusnya berlaku sebaliknya.”-tulis Intan lagi
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos 2023. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Disember 2024.
Intan Najuwa Bersuara Selepas Dipersoal Muka Kelihatan Sembab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.