Lelaki ceroboh masjid alami gangguan mental
Lelaki ceroboh masjid alami gangguan mental
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bukan beragama Islam yang melakukan kekecohan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, disahkan mengalami masalah mental sejak April 2022 dan tidak menerima rawatan sejak setahun lalu.
Naqib Masjid At-Taqwa, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir, berkata berdasarkan kenyataan media oleh Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, suspek tidak menerima rawatan sejak Januari 2023 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Katanya, susulan kejadian itu, pihak polis sudah berjaya mengesan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu di siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
“Justeru, pihak masjid memohon kerjasama orang ramai supaya tidak melakukan sebarang spekulasi dan kenyataan yang boleh menimbulkan syak wasangka yang tidak baik.
“Ketika suspek menceroboh, dia bercakap seorang diri dan seperti dalam keadaan tidak normal hingga berlaku sedikit pergelutan ketika jemaah dan anggota polis hendak menahannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
“Malah, ketika pihak masjid ingin menghalang pergerakan lelaki itu, dia terus membuat kekecohan dan mengganggu jemaah solat Subuh selain turut merosakkan sebuah televisyen sebelum meluru ke hadapan saf dewan solat utama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, tular satu video seorang lelaki bukan Islam disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di TTDI, awal pagi semalam.
Kejadian yang dipercayai berlaku sebelum solat Subuh itu tular dalam satu video berdurasi 2.46 menerusi laman media sosial Facebook milik seorang individu sejak tengah hari tadi.
Lelaki ceroboh masjid alami gangguan mental
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.