Dua pelajar maut, motosikal bertembung
Dua pelajar maut, motosikal bertembung
SEREMBAN: Dua pelajar lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung di Kilometer 10 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, berkata dalam kejadian 3.20 pagi, kedua-dua mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR dan Yamaha Lagenda dan kejadian dipercayai berlaku semasa salah seorang mangsa dari arah Bahau menuju ke Kemayan.
“Setiba di lokasi kejadian, semasa bergerak mendaki bukit, remaja itu dipercayai telah dilanggar oleh seorang lagi penunggang yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Dua pelajar maut, motosikal bertembung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.