Fahmi Reza ditahan polis Sabah
Oleh – Syeikh Baran
Polis Sabah mengesahkan penahanan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, petang tadi.
Fahmi ditahan pada kira-kira jam 5 petang untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 198.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun ketika dihubungi, berkata Fahmi kini masih disoal siasat polis dan mungkin direman bagi siasatan lanjut.
“Ya, dia ditahan selepas hadir ke IPD Penampang, petang tadi.
“Siasatan masih dijalankan dan reman akan dipohon esok pagi mengikut prosedur Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi memudahkan proses siasatan,” katanya.
Terdahulu, Jauteh dalam sidang medianya dilapor berkata, pihaknya sedang mengesan Fahmi selepas menerima lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.
Sebelum ini, Fahmi memuat naik poster satira karikatur Tun Musa dengan imej negatif sebagai bantahan terhadap pelantikannya atas alasan pernah dikaitkan dengan rasuah.
Sumber – HARIAN METRO
You must be logged in to post a comment.