Kelantan dilanda bah sekali lagi

Kelantan dilanda bah sekali lagi

Kelantan dilanda bah sekali lagi
Beberapa kawasan di Kuala Krai di Kampung Keroh mula dinaiki air hari ini susulan hujan lebat sejak malam tadi. – Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Baru saja memulakan langkah untuk membina semula kehidupan, penduduk di Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang kini terpaksa berhadapan dengan banjir yang melanda sekali lagi.

Usaha menyembuhkan “luka” lama akibat gelombang pertama dan kedua bencana itu baru-baru ini masih belum pulih, episod duka itu berulang lagi apabila ketiga-tiga daerah berkenaan dilanda bah hari ini dan “menghanyutkan” segala jerih perih mereka selama ini.

Suhardi Aziz, 50, dari Kampung Batu 9, Batang Merbau di Tanah Merah berkata dia berdepan dengan banjir buat kali ketiga tahun ini dan air yang naik begitu pantas menyebabkan dia hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting.

Kelantan dilanda bah sekali lagi
Penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa meredah air banjir di jalan utama Kampung Kelewek, Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah. – Foto BERNAMA

“Saya hanya mampu termenung kerana barang-barang di rumah yang terjejas banjir sebelum ini masih belum pulih sepenuhnya, kini air memasuki rumah lagi. Kesan selut banjir lepas juga masih berbekas, tiada gunanya saya membersihkan kotoran dan lumpur apabila dilanda bah semula,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Seorang mangsa dari Kampung Tengah, Machang, Yaseer Abdullah, 45, berkata rumahnya dinaiki air sejak 9 pagi tadi selepas hujan lebat tidak henti-henti mencurah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat

“Setiap kali hujan lebat, hati saya tidak tenang, baru nak bangkit semula, air naik kembali pada paras pinggang. Semua usaha membersihkan rumah habis begitu saja.

“Barang-barang yang saya cuba selamatkan dulu juga tenggelam semula, tetapi saya tidak akan berputus asa dan terus ‘berjuang’,” katanya.

Penduduk di Kampung Keroh, Kuala Krai, Nik Sofia Nuranis Nik Ismail, 27, berkata rumahnya dinaiki air setinggi paras lutut dan berjaya memindahkan beberapa barang ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan ia hanyut seperti banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Hujan lebat sejak malam tadi membuatkan saya sekeluarga mengemas barang, namun ada juga barang yang rosak dan hanyut,” katanya yang berdepan banjir dua hingga empat kali setahun.

Sementara itu, hujan lebat sejak pagi tadi turut menyebabkan berlaku runtuhan tanah di lereng bukit yang menghempap bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Nganga, Kuala Krai, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan , berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dan mendapati tanah runtuh telah menghempap bahagian hadapan rumah, pagar dan garaj kenderaan pada 1.40 tengah hari tadi.

Kelantan dilanda bah sekali lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker