Lebih 100 wanita Malaysia jalani hukuman penjara di Narathiwat dalam 10 tahun
Lebih 100 wanita Malaysia jalani hukuman penjara di Narathiwat dalam 10 tahun
NARATHIWAT: Lebih 100 wanita Malaysia khususnya dari Kelantan menjalani hukuman di penjara di sini sejak 10 tahun lalu.
Pakar Pengurusan Jenayah (Bahagian Wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul, berkata kebanyakan mereka terbabit dalam kesalahan dadah.
Beliau berkata, kebanyakan daripada mereka sudah dibebaskan selepas selesai menjalani hukuman penjara.
“Sejak 2014, lebih 100 wanita Malaysia dihantar ke penjara ini dan mereka berasal dari beberapa negeri di Malaysia tetapi kebanyakannya berasal dari Kelantan.
“Buat masa ini hanya tujuh wanita warga Malaysia di penjara itu dan mereka antara 31 rakyat Malaysia ditahan di sini,” katanya ketika ditemui.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Beliau berkata, Thailand menggunakan undang-undang yang sama terhadap banduan wanita Thailand dan Malaysia dan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga akan berdasarkan Hak Asasi Manusia.
“Penjara juga mengamalkan Peraturan Bangkok (Bangkok Rule) dalam pentadbirannya.
“Jadi, apa sahaja yang tular mengenai penjara di TikTok dan media sosial lain adalah tidak benar,” katanya.
Penjara wilayah Narathiwat menjadi terkenal selepas enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi moden dikir barat yang popular ditahan di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu.
Sejak itu, netizen dari kedua-dua negara terutamanya dari Malaysia mempersoalkan mengenai layanan yang diterima oleh banduan Malaysia di penjara Narathiwat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
Peraturan Bangkok, yang juga dikenali sebagai Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Rawatan Banduan Wanita dan Langkah-Langkah Bukan Tahanan bagi Pesalah Wanita, ialah satu set yang mengandungi 70 garis panduan untuk layanan wanita dalam sistem keadilan jenayah.
Ia antara lain berkaitan panduan tentang cara memenuhi keperluan khusus wanita dalam sistem keadilan jenayah, dan untuk mengurangkan bilangan wanita yang dipenjarakan secara tidak perlu.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai Peraturan Bangkok pada 22 Disember 2010.
Peraturan Bangkok melengkapkan instrumen lain yang mengikat secara sah dan dianggap sebagai tambahan kepada Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Rawatan Banduan (SMR) 1955.
Lebih 100 wanita Malaysia jalani hukuman penjara di Narathiwat dalam 10 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.