Najib – Tiada Tindakan Terhadap Zeti Akhtar Aziz Dan suaminya

Najib – Tiada Tindakan Terhadap Zeti Akhtar Aziz Dan suaminya

Najib - Tiada Tindakan Terhadap Zeti Akhtar Aziz Dan suaminya

Oleh: Zakaria Mohd.

Najib musykil kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap Zeti Akhtar Aziz dan suaminya, Tawfiq Ayman.

Jika Azam Baki dan SPRM tidak alpa, kenapa tidak menyahut saranan Najib seperti di atas?

Namun syabas kerana Azam Baki dan SPRM telah menangkap Daim dan Mahiaddin untuk didakwa di mahkamah.

Sekarang kita musykil kerana SPRM belum bertindak terhadap Mahathir.

Berbalik kepada rintihan Najib di Mahkamah, sekarang kita menggesa pihak berkuasa supaya mengambil perhatian untuk menyiasat Zeti dan Mahathir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan


Kenyataan Najib ada kaitan antara Jho Low dengan Zeti.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan buruan 1MDB, Jho Low telah menyalurkan dana kepada keluarga Zeti.

Kenapa pihak pendakwa tidak memanggil Zeti untuk memberi keterangan?

Sehingga kini, tiada tindakan diambil terhadap Zeti, yang merupakan gabenor BNM pada masa itu, atau suaminya, Tawfiq Ayman, walaupun terdapat bukti jelas penglibatan mereka.

Sebaliknya, saya dijadikan satu-satunya individu yang secara agresif diburu oleh SPRM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Ketidaksamaan yang ketara ini menonjolkan agenda pendakwaan politik yang disengajakan terhadap saya, yang dicirikan oleh siasatan berat sebelah dan tidak adil, serta keputusan terancang untuk melindungi individu lain yang terlibat dalam rancangan Jho Low, termasuk Zeti dan suaminya, daripada bertanggungjawab,” kata Najib.

Adakah Collin Lawrence Sequerah telus mendengar rintihan Najib?

Dipetik dari Malaysiakini, sepanjang perbicaraan, Zeti memberi keterangan keluarganya tidak pernah menerima wang daripada Jho Low, manakala Tawfiq sendiri sebelum ini menolak dakwaan rasuah bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner terhadapnya.

Di Mahkamah Daerah Timur New York, Leissner memberi keterangan bahawa suami Zeti menerima sogokan untuk membolehkan berbilion dolar dipindahkan ke Malaysia dalam tempoh semalaman bagi usaha sama 1MDB-Petrosaudi International Limited.

Kita ingin bertanya, “bukankah Leissner telah memberi keterangan bahawa Tawfik telah menerima sogokan?”

Pelik! Mahathir tidak memberi arahan kepada Latheefa Koya dan SPRM untuk menyiasat Zeti dan suaminya.

Dalam tempoh seratus hari berkuasa selepas PRU14, kerajaan Mahathir-DAP hanya memberi arahan kepada SPRM untuk memburu Najib.

Jelas ada motif pendakwaan berunsur politik terhadap Najib.

Mengenai Leissner, beliau sedang menunggu hukuman berkaitan kes jenayah di mahkamah membabitkan 1MDB

Zakaria Mohd.

Najib – Tiada Tindakan Terhadap Zeti Akhtar Aziz Dan suaminya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker