Layari laman web khas untuk pilih ‘gadis peneman’
Layari laman web khas untuk pilih ‘gadis peneman’
KUALA LUMPUR: Pelanggan perlu melayari laman web khas untuk memilih ‘gadis peneman’ sebelum membuat tempahan dan diberikan nombor bilik.
Itu kegiatan aktiviti persundalan dikesan di sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini, hasil serbuan operasi Op Noda KL Strike Force jam 10 malam kelmarin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata serbuan itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran.
“Hasil serbuan, polis menahan tujuh wanita warga asing disyaki pelacur membabitkan lima warga Indonesia dan masing-masing seorang warga Thailand dan Vietnam berusia antara 25 hingga 35 tahun.
“Antara barangan dirampas ialah 15 keping kondom, tujuh helai tuala mandi, 10 telefon bimbit, tisu basah, botol gel pelincir dan dua kad akses,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Mohd Rusdi berkata, hasil siasatan awal mendapati semua wanita warga asing berkenaan mengaku bekerja sebagai pelacur dan pelanggan perlu melayari laman web khas untuk memilih pelacur.
“Pelanggan kemudian akan menghubungi nombor telefon untuk membuat tempahan.
“Pelanggan kemudian akan diberikan nombor bilik dan bayaran dibuat kepada pelacur selepas selesai perkhidmatan seks. Pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu perlu membayar RM250.
“Semua pelacur terbabit tinggal di dalam bilik hotel berkenaan. Wanita itu akan menerima bayaran RM120 manakala baki RM130 akan diberikan kepada penjaga,” katanya.
Beliau berkata, semua individu ditahan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakkan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
Layari laman web khas untuk pilih ‘gadis peneman’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET