Dua hilang, kapal selam bertembung bot nelayan
Dua hilang, kapal selam bertembung bot nelayan
New Delhi: Dua orang dilaporkan hilang selepas sebuah kapal selam Tentera Laut India bertembung dengan sebuah bot nelayan pada malam Khamis.
Seramai 11 daripada 13 kru bot nelayan itu berjaya diselamatkan oleh kapal lain selepas insiden yang berlaku 70 batu nautika dari pantai Goa, menurut laporan media tempatan pada Jumaat yang memetik kenyataan pegawai tentera laut.
Enam kapal tentera laut dan beberapa pesawat pemantau dikerahkan dalam usaha menyelamatkan dua nelayan yang masih hilang.
Kapal selam tentera laut yang terlibat dalam pelanggaran ialah kapal selam kelas Scorpene, yang dilengkapi ciri siluman canggih serta membawa torpedo jarak jauh dan peluru berpandu anti-kapal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET