New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal

New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal

New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
GAMBAR hiasan

Wellington: New Zealand mengisytiharkan wabak batuk kokol peringkat awal, dengan menyelaraskan langkah menangani penyakit ini yang mudah berjangkit di seluruh negara, menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pegawai kesihatan New Zealand mengadakan mesyuarat untuk mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara, yang dipantau dengan teliti dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan boleh menjadi amat berbahaya untuk bayi baru lahir serta golongan dewasa lebih tua, dengan tiga bayi dilaporkan meninggal dunia akibat batuk kokol tahun lepas.

Jumlah kes terus meningkat secara konsisten selama beberapa minggu di seluruh New Zealand, mencapai ambang untuk mengisytiharkan wabak kebangsaan, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, yang merujuk kepada wabak besar pertusis terakhir di negara itu pada 2017, yang berlanjutan selama berbulan-bulan dan berkemungkinan selama setahun atau lebih.

Kes batuk kokol terus meningkat secara berterusan sejak September, selepas lonjakan kes pada Mei, Jun dan Julai, menurut Institut Sains Alam Sekitar dan Penyelidikan.

Terdapat 263 kes dalam tempoh empat minggu antara 19 Oktober hingga 15 November di New Zealand, jumlah kes tertinggi untuk tempoh empat minggu tahun ini, setakat ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


New Zealand juga perlu bersedia menghadapi tahap kes yang sama tinggi dalam tempoh 12 bulan atau lebih, memandangkan beberapa negara kini sedang mengalami tahap batuk kokol yang tertinggi, mungkin disebabkan oleh kadar jangkitan yang rendah semasa pandemik Covid-19, kata Nicholas Jones, pengarah kesihatan awam di Kementerian Kesihatan.

Jones memberi amaran mengenai risiko penyakit yang teruk dalam kalangan bayi yang terlalu muda untuk menerima vaksin atau proses vaksinasi mereka tertunda selain melahirkan kebimbangan mengenai penduduk Maori dan Pasifik yang tinggal di New Zealand akan paling terkesan.

“Walaupun di negara dengan tahap vaksinasi yang sangat tinggi, wabak masih berlaku setiap beberapa tahun, tetapi jumlah bayi yang jatuh sakit teruk adalah jauh lebih rendah apabila ibu-ibu divaksin semasa kehamilan dan apabila orang ramai mendapat vaksin tepat pada waktunya,” katanya.

New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker