China jumpa rizab emas bernilai RM370.40 bilion

China jumpa rizab emas bernilai RM370.40 bilion

China jumpa rizab emas bernilai RM370.40 bilion
Juruteknik memeriksa sampel batu di lombong emas Wangu di daerah Pingjiang, wilayah Hunan tengah China, bulan ini. Foto Xinhua

Beijing: China berjaya menemui rizab emas bernilai AS$82.9 billion (RM370.40 bilion) di wilayah tengah Hunan, lapor berita Xinhua.

Akademi Geologi Hunan menemui lebih 40 urat bijih emas pada kedalaman lebih 2,000 meter di daerah Pingjiang, dengan 300.2 tan sumber emas ditemui di kawasan penerokaan teras dan gred tertinggi 138 gram setiap tan metrik.

Kumpulan itu meramalkan terdapat lebih 1,000 tan rizab emas pada kedalaman lebih 3,000 meter.

Rizab emas secara amnya merujuk kepada bahagian sumber yang boleh diekstrak secara ekonomi.

Majlis Emas Dunia merekodkan, China menjadi pengeluar emas terbesar dunia, menyumbang kira-kira 10 peratus daripada keluaran global pada 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?


Ia menggunakan 741.732 tan metrik emas dalam tiga suku pertama tahun ini manakala pengeluaran adalah 268.068 tan, bermakna ia perlu bergantung kepada import untuk memenuhi permintaan dalam negeri.

Harga emas meningkat tahun ini berikutan peningkatan ketegangan geopolitik di seluruh dunia.

Kontrak niaga masa hadapan emas paling aktif di Shanghai Futures Exchange mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 639.48 yuan (RM394.40) segram pada 30 Oktober lalu.

Ia menutup dagangan siang pada Khamis dengan 1.16 peratus lebih tinggi pada 617.7 yuan (RM380.97) segram, meningkat 27.8 peratus sejak awal tahun.

China jumpa rizab emas bernilai RM370.40 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker