Budak perempuan 10 tahun mangsa langgar lari di Kuang disahkan ‘mati otak’
Budak perempuan 10 tahun mangsa langgar lari di Kuang disahkan ‘mati otak’
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun parah dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari semasa mangsa berbasikal di Kuang, Selangor, Khamis lalu.
Mangsa disahkan mengalami ‘mati otak’ oleh doktor semalam dan kini bergantung kepada bantuan alat sokongan hayat.
Dalam hantaran di Facebook Persatuan Murid-Murid Tua SJKC Kuang, keluarga dan sekolah mangsa merayu supaya orang ramai membantu mengenal pasti pemandu yang bertanggungjawab.
Menurut New Straits Times (NST) yang memetik laporan China Press, kejadian jam 5 petang berhampiran gelanggang bola keranjang sekolah berkenaan.
Sejurus kemalangan, mangsa memberitahu keluarganya bahawa sebuah kereta yang dipandu laju melanggarnya dan lari dari lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh datuknya dan menjalani pembedahan kecemasan selepas doktor mendiagnosis terdapat pendarahan pada otaknya.
Ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Song, menggesa orang ramai membantu sekiranya memiliki rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bagi membantu mengesan pelaku.
“Meninggalkan tempat kejadian selepas melanggar seorang kanak-kanak adalah sangat tidak bertanggungjawab. Kita mesti mencari pemandu terbabit.
“Kami merayu sesiapa yang melalui kawasan itu antara jam 5.30 petang hingga jam 6.30 petang pada hari kejadian, untuk memeriksa rakaman dashcam mereka jika terdapat sebarang bukti kejadian itu,” katanya.
Keluarga mangsa sudah menerima beberapa rakaman kamera papan pemuka yang dipercayai merakam insiden itu dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, NST melaporkan, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata laporan mengenai kejadian di Jalan Stesen Kuang itu diterima sekitar jam 4.51 petang semalam.
“Kes sedang disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pemanduan cuai dan tidak bertimbang rasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan memohon saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau Sarjan Mohd Piddie Firdaus Renjis di talian 013-8322290.
Budak perempuan 10 tahun mangsa langgar lari di Kuang disahkan ‘mati otak’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.