Mahkamah benarkan rayuan dua lelaki didenda RM1.1 juta
Mahkamah benarkan rayuan dua lelaki didenda RM1.1 juta
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan dua lelaki terhadap denda RM1.1 juta yang dikenakan ke atas setiap seorang oleh Mahkamah Majistret kerana mengangkut barangan import dilarang bernilai RM145,440 pada 2018.
Panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, membenarkan permohonan difailkan Chan Wah Chuan yang merupakan seorang pengarah syarikat dan pemandu lori, Joseph Onod.
Hakim Che Mohd Ruzima membenarkan satu persoalan undang-undang dibangkitkan dan diputuskan ketika pendengaran rayuan itu.
Beliau turut membenarkan ikat jamin masing-masing RM100,000 dengan dua penjamin, sementara menunggu keputusan rayuan berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menyerahkan pasport dan perlu melapor diri ke balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Pada 30 Ogos tahun lalu, Mahkamah Majistret mensabitkan Wah Chuan, 46, dan Joseph, 39, atas kesalahan berkenaan.
Setiap tertuduh didenda RM1.1 juta atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Mereka didapati bersalah mengangkut 2,304 kotak Maximus X-Strong Beer dan 120 kotak bir yang sama, yang merupakan barangan dilarang import di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.
Kesalahan itu dilakukan di Kilometer 45 Lebuhraya Shah Alam menghala ke Sri Petaling, Selangor, pada 10.40 pagi, 14 September 2018.
Pada 27 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan denda namun menambah hukuman penjara kepada enam tahun berbanding 12 bulan jika kedua-duanya gagal membayar denda.
Oleh kerana kes itu berasal dari Mahkamah Majistret, Wah Chuan dan Joseph dikehendaki mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan untuk meneruskan rayuan mereka.
Dalam prosiding, peguam S R Raman yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon untuk mengemukakan 14 persoalan undang-undang bagi hujah pada pendengaran rayuan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zander Lim Wai Keong, memohon jaminan RM100,000, dengan alasan adalah wajar untuk memastikan kedua-dua lelaki itu hadir ke mahkamah, walaupun Raman memohon jumlah itu dikurangkan. – BERNAMA
Mahkamah benarkan rayuan dua lelaki didenda RM1.1 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.