Produk tradisional tak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi RM10 juta dirampas
Produk tradisional tak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi RM10 juta dirampas
GEORGETOWN: Kira-kira 70,000 kotak produk tradisional tidak berdaftar dan lebih 70 kosmetik tidak bernotifikasi dianggar bernilai RM10.1 juta dirampas melalui Op Joint di dua premis di Jelutong, di sini.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin berkata serbuan dilakukan 4 November lalu ke atas dua premis yang disyaki menjual produk dalam talian.
“Hasil maklumat awam dan risikan, pihak kami mengambil tindakan ke atas penjualan produk tradisional tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi secara dalam talian dengan menyerbu dua premis itu.
“Operasi membuktikan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa serius terhadap aduan awam bagi membanteras penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi termasuk dijual dalam talian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi melanggar Peraturan 7(1)(a) dan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Orang awam boleh menyemak status pendaftaran ubat atau notifikasi kosmetik dengan layari laman sesawang https://www.npra.gov.my di ruangan ‘Product Status’ atau hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-7883 5400, selain muat turun aplikasi NPRA Product Status secara percuma menerusi Play Store, App Store dan Huawei App Gallery.
Produk tradisional tak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi RM10 juta dirampas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay?
- Latheefa Koya Tak Nak Masuk UMNO Ker
-
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lupakah Mas Ermieyati Dengan Istilah Budak Kita Di Era PN?