Kes bunuh ibu: Polis sahkan tahan anak lelaki mangsa

Kes bunuh ibu: Polis sahkan tahan anak lelaki mangsa

Kes bunuh ibu: Polis sahkan tahan anak lelaki mangsa
Wartawan dan jurukamera melakukan tinjauan di lokasi rumah kes bunuh di Taman OUG. – Foto Hazreen Mohamad

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat ibunya dalam peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.48 pagi.

“Susulan itu, polis menahan lelaki tempatan berusia 53 tahun bagi membantu siasatan kes ini.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, motif pembunuhan masih dalam siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes bunuh ibu: Polis sahkan tahan anak lelaki mangsa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker