‘Jangan jadi badut dan rasis’ – Tommy
‘Jangan jadi badut dan rasis’ – Tommy
Kuala Lumpur: Tonggak Perak FC, Tommy Mawat Bada meluahkan rasa kecewa selepas dirinya menerima komen berbaur perkauman seorang peminat di media sosial susulan insiden pergaduhannya dengan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, pemain kelahiran Sarawak itu membalas komen seorang peminat yang mencemuhnya dan memanggil dirinya Dayak.
Jelas bekas pemain Malaysia bawah 23 (B-23) itu, dirinya tidak kisah menerima kecaman, namun kecewa kerana ia membabitkan isu perkauman.
“Semua bebas untuk bersuara. Nak marah, tegur, maki semua boleh, kita hanya manusia biasa dan hidup di atas muka bumi yang sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
“Saya masih berasa bangga dengannya sehingga hari ini. Jadi abang-abang dan kakak-kakak, jangan bangkitkan isu perkauman (anda bakal menyesal kemudian nanti).
“Jangan Dayak Dayak kan aku. Apa akan jadi jika orang Dayak lain lihat dan baca komen kamu? Bolehkan anda uruskan mereka?
“Jangan jadi badut dan rasis. Semoga Tuhan rahmati kamu, terima kasih. Jangan sebarkan kebencian dalam dunia bola sepak,” katanya.
Ketika insiden yang tercetus pada minit ke-83 itu, Tommy dilihat mengasari Arif Aiman dan situasi itu mencetuskan pergaduhan antara kedua-dua pemain sebelum rakan sepasukan dan pengadil, Razlan Joffri Ali turut serta meleraikan pergaduhan itu.
Razlan dilihat melayangkan kad kuning sebelum Arif Aiman menumbuk muka Tommy namun penyokong menyatakan kehairanan selepas Arif Aiman ‘terlepas’ daripada sebarang layangan kad merah susulan tindakan ganas itu.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata, kedua-dua pemain berkenaan tetap boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun mereka hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.
‘Jangan jadi badut dan rasis’ – Tommy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?
You must be logged in to post a comment.