Paul takut ancaman pukulan Tyson

Paul takut ancaman pukulan Tyson

Paul takut ancaman pukulan Tyson
PAUL mempunyai kelebihan dari segi umur ke atas Tyson. -FOTO AFP

Texas: Jake Paul mengatakan ibunya ‘takut’ dan ‘tak boleh menonton’ video Mike Tyson ketika anaknya bersiap sedia untuk bertarung dengan legenda tinju itu di Texas.

YouTuber yang beralih menjadi petinju, Paul, 27, menghadapi ujian terbesar dalam kariernya yang baru itu apabila dia akan bertarung dengan bekas juara heavyweight, Tyson, di Stadium AT&T yang boleh memuatkan 80,000 penonton di Dallas malam Jumaat ini.

Paul menikmati kejayaan sejak menjadi petinju profesional, tetapi kebanyakan daripada 10 kemenangan yang diraihnya datang melawan petinju yang dianggap sudah berada di penghujung karier atau sedang merosot prestasinya.

Satu-satunya kekalahan Paul adalah kepada kepada Tommy Fury, adik lelaki Tyson Fury, pada Februari 2023. Tommy hanya bertanding sekali sejak itu dan dia dikhabarkan ‘berehat’ seketika dari karier tinjunya buat sementara waktu.

‘Iron Mike’ telah mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang petinju terbesar sepanjang zaman pada akhir 1980-an dan 1990-an, tetapi beliau kini berusia 58 tahun dan belum bertarung dalam perlawanan profesional selama hampir dua dekad.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Paul dan orang-orang di sekelilingnya menyedari ancaman dan kemampuan Tyson dengan ibunya, Pam Stepnick, tidak dapat menonton video-video legenda tinju itu berlatih kerana ketakutan.

Apabila ditanya sama ada dia bimbang tentang kekuatan pukulan Tyson, Paul menjawab semasa sesi bersemuka mereka di MVP: “Ya… memang! Memang.”

“Saya kena berwaspada. Dia adalah lelaki yang menakutkan, sangat menakutkan. Dia adalah pembunuh dan masih mempunyai kuasa itu, berdasarkan video latihannya.”

“Ibu saya menghantar mesej kepada saya… dia tak boleh tengok Tyson pukul atau berlatih, dia tak nak tengok kerana ia menakutkannya.”

 

Paul takut ancaman pukulan Tyson

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker